Khamis, 4 Januari 2018

Kucing dan Misterinya

Mengapa kucing tidak ingin mati di dalam rumah??

Saya nak cerita kisah benar..
masa kecik dulu family kitaorang ada bela kucing,namanya Kimi berjantina jantan.Kucing ni ayah ambik kat tempat auntie dari kecik since dorang x larat nak jaga kononnya kuat mencurik ikan kat meja.Dulu esbok x popular lagi ok,tudung saji paling top.Kucing ni ayah bagi kat akak aku paling tua,time tu baru darjah 5.Akak aku memang sayang giler tahap kaw2,tidur sama,makan sama,apa kitaorang makan kucing tu pun makan kat sebelah akak aku.
Kimi ni first sampai memang kaki kebas makanan kat meja tapi ayah aku bagi didikan ganas tahap panglima jepun sampai kucing tu insaf hehee..Nak dijadikan cerita,setelah 3 tahun,akak aku dah naik tingkatan 1,Kimi pun dah kira tua and obesiti,gerak pun malas.Kucing ni tiba-tiba hilang dari rumah,kecohlah semua mencari dari pagi sampai petang 3 hari kemudian tapi still tak jumpa.Akak aku dah tahap psiko sampai tahap nak buka main hole tandas takut kimi ter'flush kat dalam.Seminggu kemudian Aku and adik aku sorang pergi hutan belakang rumah,konon nak lastik burung tapi x dapat apa pun.Kitaorang nampak kimi ni kat bawah pokok besar tapi x macam dulu,maksudnya kucing ni dah xnak kena pegang and perasan dah susut lemak dalam 70% gitu,kira kurus la.Bila kitaorang nak tangkap kucing ni lari jauh.Tiga hari lepas tu ayah aku jumpa bangkai kucing ni kat bawah pokok bambu belakang rumah jugak and akak aku pun buatkan kubur untuk kimi ni tapi xde kenduri la hehe.
Persoalannya,Kenapa kucing ni lari dari rumah saat menjelang ajal ataupun sakit?
1)Kembali kepada habitat asalnya.Singa,Cheetah dan harimau juga akan meninggalkan tempat kediaman ataupun kumpulannya saat menghampiri ajal.Sekiranya kucing meninggalkan rumah saat menghampiri ajal,itu bermakna dia menggangap kamu sebagai keluarganya.

2)Kucing akan kehilangan separuh dari penglihatan dan pendengaran serta deria penghiduan saat menjelang ajal.Sahabat saya yang bekerja sebagai doktor haiwan telah menjawab kenapa kucing itu lari ketika didekati sedangkan hampir 4 tahun dijaga oleh kami.Kehilangan keistimewaan deria itu menjadikan kucing tiba-tiba merasa asing dan tidak kenal akan rumah dan tuan yang menjaganya sehingga lari mengasingkan diri.

Terdapat banyak lagi sebab tetapi kebanyakannya hanyalah cerita kedai kopi dan tidak berasas seperti kucing mengikut hantu,takut menyusahkan tuan dan bermacam lagi.

Sehingga kini saya cuma pelik,walaupun kimi lari pegi hutan tetapi dia tetap mati berdekatan dengan rumah,tepat menghala jendela akak saya.Setelah berfikir saya berpendapat tiga tahun lebih bukanlah jangka masa yang singkat untuk dilupakan.Biarpun Kimi kelihatan merasa asing tetapi separuh derianya saya percaya masih terasa seolah olah biasa dengan persekitaran cuma was-was nak balik.

Tiada ulasan: