Isnin, 1 Januari 2018

Bangun Dalam Mimpi

Seperti kebanyakan mereka di luar sana,saya membesar di kawasan pedalaman.Jauh dari bunyi kereta,dari asap kilang dan juga bekalan api dan air.Jangankan telefon,bahkan yang namanya tiang elektrik juga hampir tidakku kenal.Saya cuma tahu yang dipanggil kotak bersuara dibuat dari dua buah cawan plastik dan disambungkan tali di tengah-tengah.Ohya,Namaku Lilian,lebih sering dipanggil N kerana saya benci dipanggil Lili dan saya sebenarnya ingin bercerita tentang sedikit kelebihan yang dipanggil minda sedar dalam mimpi.

Berapa ramaikah anda yang mampu menjadi raja dalam mimpi sendiri??

Sewaktu berumur 17 tahun,aku sering tertanya-tanya,bolehkah mimpi itu menjadi milik kita??
Jawapannya Boleh. Cuma perlu tahap konsentrasi yang tinggi melebihi konsentrasi ketika menjawab exam.

Caranya mudah dan aku sendiri sudah mencubanya dan berjaya tetapi setiap perbuatan pasti ada risiko dan itu akan kita bincangkan nanti.
1)Setiap malam pastikan baring dengan selesa dan tidak diganggu.
2)Kekalkan dalam fikiran bahawa selepas ini ADALAH MIMPI.Fokus kepada perkataan bahawa SELEPAS INI KAMU AKAN TIDUR DAN APA YANG TERJADI ADALAH MIMPI sehinggalah kamu terlelap tanpa disedari.
3)Pastikan jari tangan kiri dan jari tangan kanan bersentuhan untuk mudah membangunkan kamu.

Saya sendiri memerlukan waktu 3 hari sebelum berjaya menguasai mimpi sendiri.
Semuanya menjadi tidak mustahil di alam mimpi.Bahkan saya boleh mencipta dan menghilangkan benda yang tidak disukai di dalam mimpi.Kita boleh bangun bila-bila masa kita mahu dengan cara mencubit tangan kita di dalam mimpi kerna kita 100% tahu itu hanyalah mimpi.

Tetapi setiap perbuatan pasti ada kesannya.Mimpi dan tidur sebagaimana kita tahu adalah keadaan di mana minda dan tubuh kita berehat.
1)Saat terbangun kita tidak merasa bahawa kita sudah tertidur,dan perasaan yang sama seperti kita berkhayal walaupun sudah tidur berjam lamanya.
2)Tidur tidak lagi menjadi suprise kerana kita sendiri yang mengaturnya.
Dan benda yang paling menyakitkan ialah kehilangan mimpi.Setelah seminggu,secara tiba-tiba apabila tidur sekeliling saya hanya menjadi gelap dan saya tidak pernah bermimpi apa-apa lagi sehinggalah sekarang.Kadang-kadang saya menjadi rindu pada mimpi.

Tiada ulasan: