Rabu, 3 Oktober 2018

Ujian Memandu jpj b2 2018

Update 2018.

Hari ni hari bersejarah buat sya. Tepat jam 7.30 pagi sy dah terpacak kat Sdc(safety driving centre)  PJ nak ambik test jpj b2.. Jantung punya bunyi xyah kira ar memang tengah kencang, neves tu wkwkwk.  Ingatkan sikit sekali tengok calon dalam 60 orang, mak aih sy dah siap2 doa xnak no. 1 dan rupanya dimakbulkan dapat la no. 35 hehe.. Mana tak, Rpk dan Rsm pun sya dah lupa camne nak buat so paksa ambik peluang nak tanya2 orang lain.
Habis je ambik no. giliran pegi pulak masuk bilik G nak tunggu pendaftaran jpj pulak.  Sy tengok semua dalam bilik tu tengah neves haha termasuk la sy sekali.  Memandangkan jpj tu lama sangat sy sembang ar ngan sorang calon ulangan sebelah, dia bagitau dekat area kpp02 tu mmg senang gagal terutama titi ngan kon, ah sudah nyesal sy tanya.
Dalam jam 9, jpj pun sampai 2 orang pulak tu.. selepas mukadimmah jpj tu panggil sorang2 buat ujian Rpk, sampai je giliran terus pakai helmet, vest and start ikut pusingan jam, belasah je asal cakap (cermin sisi, lampu, signal, no pendaftaran, tayar, minyak enjin, tayar belakang, lampu signal, minyak petrol, bateri, peralatan)  dah siap angkat tangan terus p standby utk litar pulak.. Sya dalam dompet sebenarnya dah ready duit nak bayar sekiranya gagal, yelah x konpiden langsung haihhh.. sampai je giliran sy dah x peduli orang2 kat tepi, dengar je jpj tu sebut no. 35 MULA.. Sya buat RSM, angkat tangan, tekan hon and start kat titi, anggap je cam time training haha.. Setiap perhentian kena buat Rutin selamat kalau nak markah lulus.  senang je toleh kiri kanan n tekan hon.. habis kpp02 pegi pulak kpp03 kena buat rsm semula.. Ni sama jugak ngan kpp02 kecuali kena angkat tangan semasa membelok, ke kanan hulur tangan kanan,signal pun kena aktif..  Habis je tongkat dua motor dan angkat tangan pada jpj pastu p ambik markah tempat dorang..

tips lulus ujian b2 2018.
- Pastikan bercakap semasa buat rpk dan buat ngan teratur.
- kpp02 hati2 ngan titi dan kon sebab tu mandatori gagal klu salah, yg lain msih blh dipertimbangkan.. nak ambik titi tu kena guna gear 2 dan start jauh sikit dari garis.
-kpp03 pastikan lampu isyarat dan gerakan tangan x salah dan pastikan buat sebab kebanyakan gagal x buat isyarat tangan.

apapun all the best.. anggap je jpj tu x tengok wkwkkw

Sabtu, 13 Januari 2018

Sabah dan kisah Dongengnya

CERITA DONGENG SABAH

Sabah ni kaya ngan cerita pengajaran.Orang tua2 kadazan dusun panggil 'Tangon dot gulu-gulu' Betul ka?lebih kurang camtu la.Sya pun kurang ingat dah cerita beliau sya duluu tapi mari kita sama-sama ingat la ar.

Si Anak-Anak dan si Bongkoron

Ada dua orang anak muda di kg.Satu nama dia si anak2,satu lagi c bongkoron.C anak2 ni digambarkan sempurna,baik hati dan rajin manakala c bongkoron ni pemalas,jahat dan tamak.C Bongkoron ni kerja dia suka kacau c Anak2,jeles kan sama nasib baik c anak2 tapi selalu berakhir tidak baik.Cerita paling feymes bagaimana c Bongkoron na makan hantu labu sebab mau tiru c Anak2.Ada juga cerita pasal c Anak2 p tanam tulang ikan pastu jadi pokok duit sebab dia tlampau baik.Kalau c Bongkoron apapun dia buat semua berakhir malang hehe.

Puluan Sigar dan Puteri Bambu

Ni cerita cam versi barat dimana ada pemuda kampung nama Puluan Sigar jumpa puteri yang sangat cantik.Nama puteri tu sya lupa suda,lama sudah kn hehe..Kecantikan puteri tu digambarkan rumput and pokok kayu semua kering bila dia limpas ja sebab cantik dia tu.Memang cantik la.Puluan Sigar tu digambarkan sangat sakti sampai teda dapat lawan.

Terdapat juga versi cerita binatang seperti monyet yang suka curi tapai ubi dan macam2 lagi.

Bagaimanapun,akhir kisah cerita dongeng dulu2 biasanya berakhir dengan perkahwinan orang biasa dan puteri raja yang cantik dan tinggal di istana besar  lalu bahagia sampai bila2.Tidak ada akhir cerita seperti titanic ataupun uda dan dara yang berakhir malang.

Bila cerita sudah sampai BAHAGIA SAMPAI BILA2 itu maksudnya cerita sudah tamat,time untuk tidur.Budak dulu xde bangun jam 8 keatas,jam 6 sudah turun buat keja.

Orang tua2 sabah biasanya memulakan cerita dengan 'HARO KAKA ID GULU2' yang bermaksud pada suatu masa di zaman dahulu.........

Jumaat, 12 Januari 2018

Jeruk makanan di sabah

Jeruk Buah Bambangan
Area selangor PJ confirm tiada jual sebab sya stay sana and puaslah mencari..Pasar Belakong area Cheras ada yang bagitau ada orang sabah jual.Actually sya pun x tau camna nak buat,tapi sya tau rasa dia coz sya suka makan haha..Rasa Asam Pedas gitu,pastikan dah cukup masak sebelum makan kalau xnak mulut jadi kembung terbakar.Buah ni dijeruk sekali dengan kulit so kena hati2 bila makan.

Jeruk Ikan Sepat
Ini di sabah kena panggil Bosou ikan.Bau memang dahsyat,200m still boleh hidu lagi.Jiran bilik sebelah tutup pintu bila sya buka je tutup,bayangkan.Tapi rasa memang kaw2,boleh makan camni je ataupun goreng.Buat sup x boleh hehe..Biasanya ikan ni kena campur umbut pisang cam gambar atas tu,campur lada sikit and tunggu 3-4 ari baru buka tutup.Ni kalau orang semenanjung makan kalau x demam seminggu confirm muntah.

Ikan Mentah Asam
Ini dipanggil Hinava.Ikan mentah yang dipotong kecik2,letak asam limau,lada,bawang merah and garam aji.Tutup dalam 10minit pastu taadaaa siap untuk dimakan.Sya x pasti nama makanan ni di semenanjung sebab x pernah jumpa.X semua ikan boleh buat hinava,hanya ikan2 terpilih yang sya x tau hehe.Biasanya ikan yu(gambar)ikan titir atau ikan selar(basung)..Kalau buat dengan ikan lain confirm x jadi terutama sekali IKAN AIR TAWAR memang diharamkan dari dijadikan hinava.

Biarpun dipanggil makanan sabah,tapi dunia sekarang dah x semua generasi baru sabah makan makanan kat atas.Kebanyakan lebih memilih kfc,burger dan lelain.But bagi sya its our choice,the best always come from what we choose.

Khamis, 4 Januari 2018

Kucing dan Misterinya

Mengapa kucing tidak ingin mati di dalam rumah??

Saya nak cerita kisah benar..
masa kecik dulu family kitaorang ada bela kucing,namanya Kimi berjantina jantan.Kucing ni ayah ambik kat tempat auntie dari kecik since dorang x larat nak jaga kononnya kuat mencurik ikan kat meja.Dulu esbok x popular lagi ok,tudung saji paling top.Kucing ni ayah bagi kat akak aku paling tua,time tu baru darjah 5.Akak aku memang sayang giler tahap kaw2,tidur sama,makan sama,apa kitaorang makan kucing tu pun makan kat sebelah akak aku.
Kimi ni first sampai memang kaki kebas makanan kat meja tapi ayah aku bagi didikan ganas tahap panglima jepun sampai kucing tu insaf hehee..Nak dijadikan cerita,setelah 3 tahun,akak aku dah naik tingkatan 1,Kimi pun dah kira tua and obesiti,gerak pun malas.Kucing ni tiba-tiba hilang dari rumah,kecohlah semua mencari dari pagi sampai petang 3 hari kemudian tapi still tak jumpa.Akak aku dah tahap psiko sampai tahap nak buka main hole tandas takut kimi ter'flush kat dalam.Seminggu kemudian Aku and adik aku sorang pergi hutan belakang rumah,konon nak lastik burung tapi x dapat apa pun.Kitaorang nampak kimi ni kat bawah pokok besar tapi x macam dulu,maksudnya kucing ni dah xnak kena pegang and perasan dah susut lemak dalam 70% gitu,kira kurus la.Bila kitaorang nak tangkap kucing ni lari jauh.Tiga hari lepas tu ayah aku jumpa bangkai kucing ni kat bawah pokok bambu belakang rumah jugak and akak aku pun buatkan kubur untuk kimi ni tapi xde kenduri la hehe.
Persoalannya,Kenapa kucing ni lari dari rumah saat menjelang ajal ataupun sakit?
1)Kembali kepada habitat asalnya.Singa,Cheetah dan harimau juga akan meninggalkan tempat kediaman ataupun kumpulannya saat menghampiri ajal.Sekiranya kucing meninggalkan rumah saat menghampiri ajal,itu bermakna dia menggangap kamu sebagai keluarganya.

2)Kucing akan kehilangan separuh dari penglihatan dan pendengaran serta deria penghiduan saat menjelang ajal.Sahabat saya yang bekerja sebagai doktor haiwan telah menjawab kenapa kucing itu lari ketika didekati sedangkan hampir 4 tahun dijaga oleh kami.Kehilangan keistimewaan deria itu menjadikan kucing tiba-tiba merasa asing dan tidak kenal akan rumah dan tuan yang menjaganya sehingga lari mengasingkan diri.

Terdapat banyak lagi sebab tetapi kebanyakannya hanyalah cerita kedai kopi dan tidak berasas seperti kucing mengikut hantu,takut menyusahkan tuan dan bermacam lagi.

Sehingga kini saya cuma pelik,walaupun kimi lari pegi hutan tetapi dia tetap mati berdekatan dengan rumah,tepat menghala jendela akak saya.Setelah berfikir saya berpendapat tiga tahun lebih bukanlah jangka masa yang singkat untuk dilupakan.Biarpun Kimi kelihatan merasa asing tetapi separuh derianya saya percaya masih terasa seolah olah biasa dengan persekitaran cuma was-was nak balik.

Kucing Hitam Dan Misterinya

Benarkah Kucing Hitam mampu meng'zombiekan orang mati,?
Secara ilmiahnya,Kucing adalah kucing dan tidak mungkin mampu menghidupkan semula orang mati yang sedangkan doktor mahupun Pak Bomoh di hujung kampung pun tidak mampu melakukan.Sekian terima kasih.
Menurut Kepercayaan Masyarakat melayu tulen kini,Kucing hitam adalah jelmaan daripada Roh hantu(hantu pun punya roh)ataupun sebagai pendamping kepada yang sejenis seperti roh halus.Kucing dikatakan tidak akan dan tidak pernah mati di dalam rumah tuannya mahupun di halaman rumah jiran kecuali mati syahid,kalah bertarung merebut cik tom.
Kepercayaan ini Sebenarnya dimulakan berabad abad masihi dahulu ketika era kegemilangan ahli sihir bermula di barat.DI BARAT dan bukannya di Asia.Negara Perancis adalah negara terawal mengembangkan kepercayaan Kucing Hitam sebagai kucing pembawa malang dan dipercayai jelmaan daripada Ahli Sihir jahat.Bertahun tahun kemudian melalui asimilasi budaya,kepercayaan ini sampai kepada masyarakat melayu zaman P.Ramlee yang entah bagaimana sudah lebih ter'update sehingga ahli sihir tertukar kepada hantu. Di sesetengah kawasan,terutamanya Negeri Sabah,kepercayaan inj masih memberat.Ketika ada kematian,kita akan melihat bagaimana semua kucing dikurung tanpa pengecualian termasuklah kucing albino sekalipun.Kepercayaan mengatakan sekiranya kucing hitam melompat melangkah mayat sebanyak tujuh kali,mayat akan bergerak dan bangun dari tempat istirehatnya.Malangnya mayat bukan bangun untuk mengucapkan terima kasih tetapi sama seperti zombie yang sering kita lihat di televisyen Mr.vampire ataupun dipangil mayat hidup bangun mencari mangsa.Kepercayaan ini sesungguhnya belum terbukti kerana tidak pernah ada sesiapa yang berhasrat untuk menguji selain daripada halangan keluarga si mati.Yelah xkan nak biarkan orang buat eksperimen kaaaaan.
Sehingga kini,bukan sahaja ketika ada kematian tetapi ketika ada kenduri kahwin mahupun happy birthday kucing tetap dikurung,terutama sekali yang berperilaku seperti Tom dalam Tom and Jerry.

Nak tau apsal kucing bila nak mati lari dari rumah..just click
 http://jumpertime006.blogspot.my/2018/01/kucing-dan-misterinya.html?m=1

p/s: apsal x kurung lalat sekali

Rabu, 3 Januari 2018

Dunia Dinosaur dan Misterinya

BENARKAH ZAMAN DINOSAUR ITU ADA..

Dinosaur digambarkan sebagai haiwan yang besar berkali ganda daripada manusia,mungkin sama besar dengan Raja King Kong pada filem zaman kini.Walaupun tidak semua Dinosaur ganas berciri karnivor tetapi minda kita telah diprogram oleh filem yang menunjukkan bagaimana Sang Pembinasa ini menghancurKoyakkan tubuh manusia.Lalu dimanakah haiwan ini dan pada zaman apakah mereka wujud??Dan bagaimanakah makhluk pada zaman itu survive untuk hidup..

Makhluk pertama yang hidup selepas penciptaan dunia ialah Nabi Adam dan isterinya Hawa yang bermula sekitar 5872 masihi sebelum wujudnya makhluk lain.Diceritakan bagaimana manusia menternak haiwan dan bercucuk tanam pada zaman itu sehinggalah tibanya zaman Nabi Nuh dimana air bah melanda dan setiap haiwan berpasangan dibawa menaiki bahtera.Dimanakah makhluk Dinosaur itu pada zaman ini?Adakah ia wujud setelah zaman Nabi Nuh Ataupun sebelum Zaman Nabi Adam?Ataupun makhluk ini sekadar dongeng purba..Dalam beberapa mitos mengatakan bahawa manusia pada zaman dahulu besarnya berkali ganda daripada zaman ini.Ini dibuktikan dengan penemuan kubur purba dimana saiz kuburnya lebih besar ukuran daripada zaman ini.Jika ini tidak sekadar mitos,maka dinosaur pada zaman dahulu tidak lebih daripada hanya sebesar kuda atau harimau bagi ukuran manusia.Tidak mustahil Dinosaur wujud selepas zaman Nabi Adam kerana Dunia ini luas,dan fosil membuktikan bahawa dinosaur tidak terdapat di semua tempat dan tidak semua Dinosaur itu karnivor.Tidak seperti dalam filem menunjukkan bagaimana ganasnya Dinosaur,saya percaya kalau benar Dinosaur itu wujud zaman dahulu ia boleh dijadikan haiwan peliharaan.Sedangkan singa boleh diajar berjalan dua kaki,T-rex juga pasti boleh diajar makan nasi.

Link blogger lain tentang Dinosaur.
1) http://anadinmu.blogspot.my/2011/01/persoalan-makhluk-sebelum-adam-dan.html?m=1
2) http://www.nizarazu.com/benarkah-dinosaur-itu-sebenarnya-wujud/

Selamat Berfikir..

Selasa, 2 Januari 2018

Misteri Ikan Duyung

Benarkah Duyung itu wujud?

Dongeng tentang Duyung pada asalnya timbul melalui catitan pelayar Christopher Columbus yang mengatakan melihat makhluk berbadan manusia semasa menjelajah lautan carribean.Dongeng ini kemudian dikuatkan lagi dengan kesenian cerita rakyat tentang puteri Assyria yang disumpah kerana membunuh suaminya.Dikatakan juga kononnya masyarakat babylon zaman lampau turut menyembah duyung yang kononnya boleh membawa kebahagiaan dan keabadian.Dalam filem yang sering dipaparkan,Duyung digambarkan sebagai makhluk yang sangat cantik dan bersuara merdu.Kisah animasi paling popular ialah bagaimana duyung dikatakan menukar suaranya untuk mendapat sepasang kaki.KRU Film juga pernah menerbitkan filem Duyung yang dilakonkan artis jelita Maya Karin sebagai duyung yang jelas menunjukkan pemikiran mengatakab Duyung itu Cantik sudah bersebati dalam fikiran. 
Benarkah Duyung itu wujud?? Mitos yunani mengatakan terdapat makhluk bersuara merdu yang dikenali sebagai Siren suka menyesatkan para pelayar pada zaman dahulu yang berbadan manusia dan berkaki ikan.Sesetengah ilmuwan beranggapan apa yang dilihat oleh para pelayar itu sebenarnya ialah Ikan Dugong yang bersaiz besar di lautan dalam.Rasa penat kemungkinan besar menimbulkan halusinasi di kalangan pelayar.Tetapi harus diingat,sehinggan kini masih terlalu banyak misteri alam belum terjawab.Masih terdapat lautan-lautan dalam yang kekal misteri.Siapa tahu diantara satu adalah habitat bagi makhluk ini??Menurut saya,yang tersembunyi biarlah kekal rahsia.


Lagu Pirate One Piece

https://youtu.be/V-WP9KU3q_I

🎶🎶 Lagu diatas bertajuk BINK SAKE dicipta oleh komposer Kohei Tanaka berasal japan dengan menggabungkan lirik berunsur sedih dan gembira.Lagu ini dicipta dalam tahun 1970 an untuk dimuatkan dalam animasi japan one piece.So tu dah kira copyright,x spe boleh curik tau.Dalam one piece,lagu ini dikhaskan untuk brook dan laboon yang terpisah,lihat lirik ' lambaikan tanganmu kerana kita tak mungkin bertemu lagi' menunjukkan jangka pelayaran jauh boleh menyebabkan segala kemungkinan terjadi.Bagi saya,lagu ini turut memberi semangat untuk jangan mudah berputus asa,sentiasa fikir positif dan jangan biarkan perasaan negatif membunuh kamu. Lihat lirik 'dihadapanmu kini gelombang menanti dan jika kau takut itu akan membunuhmu,tapi jika kau bertahan esok mentari pasti bersinar lagi'.. menunjukkan tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan...Lagu ini muncul di One Piece 486 yang dinyanyikan oleh Shank the Red Hair Pirate.
Saya sertakan laman blog disini sekiranya nak baca lirik lagu dalam bahasa melayu..
http://prabowodj.blogspot.my/2012/10/liril-lagu-binks-sake.html?m=1
just click.

p/s: Lagu ini sering dikaitkan sebagai lagu semangat untuk juruterbang kamikaze japan.

Isnin, 1 Januari 2018

Bangun Dalam Mimpi

Seperti kebanyakan mereka di luar sana,saya membesar di kawasan pedalaman.Jauh dari bunyi kereta,dari asap kilang dan juga bekalan api dan air.Jangankan telefon,bahkan yang namanya tiang elektrik juga hampir tidakku kenal.Saya cuma tahu yang dipanggil kotak bersuara dibuat dari dua buah cawan plastik dan disambungkan tali di tengah-tengah.Ohya,Namaku Lilian,lebih sering dipanggil N kerana saya benci dipanggil Lili dan saya sebenarnya ingin bercerita tentang sedikit kelebihan yang dipanggil minda sedar dalam mimpi.

Berapa ramaikah anda yang mampu menjadi raja dalam mimpi sendiri??

Sewaktu berumur 17 tahun,aku sering tertanya-tanya,bolehkah mimpi itu menjadi milik kita??
Jawapannya Boleh. Cuma perlu tahap konsentrasi yang tinggi melebihi konsentrasi ketika menjawab exam.

Caranya mudah dan aku sendiri sudah mencubanya dan berjaya tetapi setiap perbuatan pasti ada risiko dan itu akan kita bincangkan nanti.
1)Setiap malam pastikan baring dengan selesa dan tidak diganggu.
2)Kekalkan dalam fikiran bahawa selepas ini ADALAH MIMPI.Fokus kepada perkataan bahawa SELEPAS INI KAMU AKAN TIDUR DAN APA YANG TERJADI ADALAH MIMPI sehinggalah kamu terlelap tanpa disedari.
3)Pastikan jari tangan kiri dan jari tangan kanan bersentuhan untuk mudah membangunkan kamu.

Saya sendiri memerlukan waktu 3 hari sebelum berjaya menguasai mimpi sendiri.
Semuanya menjadi tidak mustahil di alam mimpi.Bahkan saya boleh mencipta dan menghilangkan benda yang tidak disukai di dalam mimpi.Kita boleh bangun bila-bila masa kita mahu dengan cara mencubit tangan kita di dalam mimpi kerna kita 100% tahu itu hanyalah mimpi.

Tetapi setiap perbuatan pasti ada kesannya.Mimpi dan tidur sebagaimana kita tahu adalah keadaan di mana minda dan tubuh kita berehat.
1)Saat terbangun kita tidak merasa bahawa kita sudah tertidur,dan perasaan yang sama seperti kita berkhayal walaupun sudah tidur berjam lamanya.
2)Tidur tidak lagi menjadi suprise kerana kita sendiri yang mengaturnya.
Dan benda yang paling menyakitkan ialah kehilangan mimpi.Setelah seminggu,secara tiba-tiba apabila tidur sekeliling saya hanya menjadi gelap dan saya tidak pernah bermimpi apa-apa lagi sehinggalah sekarang.Kadang-kadang saya menjadi rindu pada mimpi.