Ahad, 27 September 2020

tasik prima puchong

Hari jumaat bersamaan 25hb sya ngan family jadi jugak g mancing tempat ni after plan dekat 2 minggu, yelah masing2 busy kerja kan.
Tengok cam dalam tapi sbenarnya tak dalam mana, ikan dari jenis rohu and toman, tilapia memang ada je kat dalam tapi nak makan umpan tak tau la. Bawa umpan dedak, roti, pati sawit ngan strawberri, cacing tapi takdak pulak lekat, so membangau lagi la selepas gagal kat sungai klang. Tak tau la umpan tak lalu atau ikan tengah kenyang..
kalau ada pro yang lalu blog ni tolong rekomen umpan cun untuk rohu liar ni.

Ahad, 10 Mei 2020

COVID-19 DAN DILEMA POLITIK

Tahun 2020, kalau ikut wawasan 2020 mengikut Tun.M ini adalah masanya dimana negara kita berkembang biak dan bangkit mencanak. Tapi kalau tengok situasi jangankan kereta terbang, pesawat terbang pun tak boleh terbang tahun 2020.
TAHUN 2020 menyaksikan bagaimana pentas drama malaysia terlalu banyak kronologi yang sukar diduga, detektif conan pun rasanya garu kepala berfikir..1 dan 1 rentetan peristiwa menjadikan rakyat terpasrah tanpa sengaja. Dengan kejatuhan kerajaan BN, dengan perpecahan kerajaan PH, dengan tertubuhnya kerajaan PN, dengan bermacam resepi sehinggalah kemuncaknya pada 11 Mac 2020 dimana kita menjadi pelakon utama pada movie covid 19. Kita yang awalnya sebagai penonton pada kemelut politik negara akhirnya menjadi mangsa pada perpecahan, pada perebutan dan pada perjuangan ahli2 politik negara yang disayangi. Ibarat kata gajah dan harimau berjuang dan kita sebagai semut mati ditengah. Kekangan politik dan kuasa menjadikan pemimpin negara kita leka sementara terhadap arus pemikiran rakyat, bagaimana semut2 yang cuba beradaptasi pada zon peperangan cuba melepaskan diri. Sedikit kelalaian, sementara para tokoh2 negara kita berdiri membahas tentang masa depan mereka, covid19 musuh dunia perlahan menginvasi negara kita. Dan sayangnya, suara semut2 yang merayu kerajaan agar menutup segala laluan masuk international dari sumber covid19 tidak berjaya, dan kemuncaknya apabila jangkitan mencecah 3 angka setiap hari. Para tokoh politik yang awalnya hidup diatas langit mula perlahan berpijak dibumi nyata. Dalam saat negara kian suram, saat rakyat mula tertanya tanya halatuju kehidupan, bagaimana meneruskan hari2 yang tenggelam, dan tun.M hadir menambah rencah dalam kemelut negara. Beliau meninggalkan rakyat yang terumbang ambing, rakyat yang masih keliru tiba2 dikejutkan dengan berita PERDANA MENTERI MELETAKKAN JAWATAN. Ini adalah pengkhianatan yang sesungguhnya terhadap kepercayaan rakyat. Ini adalah satu kemunafikan terhadap janji rakyat. Dan saya ulangi, semut2 dibawah hanya mampu melihat dan meratap, kalaupun ada semut2 yang beruntung cuma mampu memparasitkan diri pada tokoh2 politik kita yang disayangi. 5 hari zaman tanpa pemimpin, rakyat perlahan menyedari hidup tidak semua perlu janji manis, kadang semut mati kerana gula, manusia mati kerana kencing manis dan pasangan mati kerana over sweet. Dalam kekeliruan dan putus asa, negara kita menerima Perdana Menteri ke 8 iaitu Pak Din. Biarpun tanpa perlantikan dan upacara yang mewah dan megah, YDPA melantik beliau menjalankan amanat rakyat dan negara. Ditengah2 segala macam konspirasi, movie yang panjang akhirnya mencapai jalur kemuncak iaitu Negara Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan buat pertama kalinya dalam sejarah. Pak Din bertaruh pada kehidupan rakyat dan perjalanan negara. Bak kata ditelan mati emak, diluah mati ayah. Ekonomi terjejas ataupun rakyat mati. Hero benar2 selalu datang terlambat, beliau memilih melestarikan kehidupan dengan merisikokan negara. 1 pilihan yang bahkan Trumph dan Boris Johnson tidak berani melakukan. Perjudian yang menyakitkan tetapi beliau mendapat harganya. Kepercayaan rakyat mendadak menjulang. Negara perlukan pemimpin yang berani, pemimpin untuk rakyat, bertahan bagaimana rakyat berusaha dan tidak pernah putus harapan. Ini dinamakan semangat pemimpin. Pemimpin yang ikhlas terhadap kerja dan tidak beragenda untuk negara. Perlahan2 dalam situasi sulit negara kita berjaya menstabilkan semula keadaan dan rakyat tidak banyak yang tersia siakan. Pada saat kemelut negara semakin sirna, politik tiba2 mengganas semula, mendakwa kerajaan tidak sah, perlantikan tidak mengikut syarat dan segala macam tohmahan yang bahkan Tun.M menjadi puncanya. Beliau dengan yakinnya berkata bahawa beliau sepatutnya menjadi PM kerana mendapat undian percaya. Beliau dan kroninya dengan bangga mengatakan akan berjuang mendapat semula kuasa kerana mereka tidak ingin mengecewakan mandat rakyat selepas menang pru14. Sungguh statement yang memalukan. Mandat rakyat sudah lama hilang sebaik sahaja Kerajaan PH membuktikan cuma lebih sembang berbanding bekerja. Tidak ada hasil dinikmati rakyat sepanjang PH berkuasa selain daripada disajikan dengan berita2 basi yang membosankan. Rakyat sudah muak dengan tipu daya dan sembang kosong. Rakyat sudah lama kecewa dengan cara pemerintahan Kerajaan PH. Saya ulangi, biarpun semut biasanya diabaikan tapi seekor gajah boleh terbunuh sekiranya semut bersatu.
Thanks to Pak Din pm ke-8

Rabu, 11 Disember 2019

Bandar Sunway

Bermula sekitar 20:00 waktu antrabangsa ye, bandar sunway ni penuh ngan lampu2 berkelip, tiap pokok pun kena bagi cahaya, terasa betul suasana meriah tuuu. Bagi yang tak tau, bandar sunway ni kat area petaling jaya n subang jaya, 3 hotel utama kat sini Sunway Resort Hotel n Spa, Sunway piramid Hotel dan Sunway Clio Hotel.. ada jugak hotel bajet cam Sun Ins, Mix Hotel n ada la berapa kerat lagi. Tapi kalau nak view cantik baik stay kat Sunway Resort 5 Star gitu..Sana malam je memang cam suasana luminous garden, romantik la katakan

Rabu, 13 Mac 2019

Bantuan Rakyat BSH dan MySALAM

Dah lama asenya tak post ap benda..
yelah kita sibuk mengalahkan menteri kat luar hehe..
So maybe ramai still tertanya-tanya apa tu BSH and Mysalam?
Itu Bantuan Rakyat la, korang x suka PH pun ambik je, itu hak kita sebagai rakyat.Biar penyokong lawan cakap dedak ke, dorang pun sembunyi apply jugak ye dak.
Bsh ni nama glamor Brim tu zaman dulu la. Gaji 4k boleh cuba tapi doa kena banyak n redha. Kalau gaji 3k ke bawah doa sikit pun 90% boleh dapat. Bujang? Saya pun tengah cari doa sesuai untuk memohon tapi tak dapat lagi. Boleh memohon online or terus p kaunter. Sila sediakan ic korang, surat kahwin dan ic anak korang, ini mandatori ye, xdak paham2 la.. KemasKini Online klik je bsh 2019 bubuh no ic dan no tepon untuk masuk.First time lagi senang isi je borang permohonan baru.  Siapa yang terlupa update no telefon zaman brim xyah risau, call je LHDN nanti dorang update kan.P kaunter paling bangsat pun korang kena tunggu 4 jam baru selesai. Pembayaran pertama kalau tak silap bulan may ni, boleh la korang beli samsung baru release tu, s10e ek. Nak tau berapa, sila la rujuk map pembayaran.


Skim mysalam ni pulak dah boleh check status layak ke tak. Actually kalau korang check bsh lulus, auto ini pun akan lulus. Mysalam saya tengok cam perlindungan peribadi dari kehilangan duit akibat rawatan, so macam shield la untuk duit korang kat bank. Cara penggunaan tak pasti, tengok cover sampai 8k,tapi setakat ni member semua xde lagi masuk hospital so payah nak tau cara kaf ni berfungsi. Kita bayar dulu baru claim atau auto xyah bayar. Tuhan dan tun. m je yang tau.
thank you la dah baca sya mengarut,ada apa2 boleh ringankan tangan kat komen.

Rabu, 3 Oktober 2018

Ujian Memandu jpj b2 2018

Update 2018.

Hari ni hari bersejarah buat sya. Tepat jam 7.30 pagi sy dah terpacak kat Sdc(safety driving centre)  PJ nak ambik test jpj b2.. Jantung punya bunyi xyah kira ar memang tengah kencang, neves tu wkwkwk.  Ingatkan sikit sekali tengok calon dalam 60 orang, mak aih sy dah siap2 doa xnak no. 1 dan rupanya dimakbulkan dapat la no. 35 hehe.. Mana tak, Rpk dan Rsm pun sya dah lupa camne nak buat so paksa ambik peluang nak tanya2 orang lain.
Habis je ambik no. giliran pegi pulak masuk bilik G nak tunggu pendaftaran jpj pulak.  Sy tengok semua dalam bilik tu tengah neves haha termasuk la sy sekali.  Memandangkan jpj tu lama sangat sy sembang ar ngan sorang calon ulangan sebelah, dia bagitau dekat area kpp02 tu mmg senang gagal terutama titi ngan kon, ah sudah nyesal sy tanya.
Dalam jam 9, jpj pun sampai 2 orang pulak tu.. selepas mukadimmah jpj tu panggil sorang2 buat ujian Rpk, sampai je giliran terus pakai helmet, vest and start ikut pusingan jam, belasah je asal cakap (cermin sisi, lampu, signal, no pendaftaran, tayar, minyak enjin, tayar belakang, lampu signal, minyak petrol, bateri, peralatan)  dah siap angkat tangan terus p standby utk litar pulak.. Sya dalam dompet sebenarnya dah ready duit nak bayar sekiranya gagal, yelah x konpiden langsung haihhh.. sampai je giliran sy dah x peduli orang2 kat tepi, dengar je jpj tu sebut no. 35 MULA.. Sya buat RSM, angkat tangan, tekan hon and start kat titi, anggap je cam time training haha.. Setiap perhentian kena buat Rutin selamat kalau nak markah lulus.  senang je toleh kiri kanan n tekan hon.. habis kpp02 pegi pulak kpp03 kena buat rsm semula.. Ni sama jugak ngan kpp02 kecuali kena angkat tangan semasa membelok, ke kanan hulur tangan kanan,signal pun kena aktif..  Habis je tongkat dua motor dan angkat tangan pada jpj pastu p ambik markah tempat dorang..

tips lulus ujian b2 2018.
- Pastikan bercakap semasa buat rpk dan buat ngan teratur.
- kpp02 hati2 ngan titi dan kon sebab tu mandatori gagal klu salah, yg lain msih blh dipertimbangkan.. nak ambik titi tu kena guna gear 2 dan start jauh sikit dari garis.
-kpp03 pastikan lampu isyarat dan gerakan tangan x salah dan pastikan buat sebab kebanyakan gagal x buat isyarat tangan.

apapun all the best.. anggap je jpj tu x tengok wkwkkw

Sabtu, 13 Januari 2018

Sabah dan kisah Dongengnya

CERITA DONGENG SABAH

Sabah ni kaya ngan cerita pengajaran.Orang tua2 kadazan dusun panggil 'Tangon dot gulu-gulu' Betul ka?lebih kurang camtu la.Sya pun kurang ingat dah cerita beliau sya duluu tapi mari kita sama-sama ingat la ar.

Si Anak-Anak dan si Bongkoron

Ada dua orang anak muda di kg.Satu nama dia si anak2,satu lagi c bongkoron.C anak2 ni digambarkan sempurna,baik hati dan rajin manakala c bongkoron ni pemalas,jahat dan tamak.C Bongkoron ni kerja dia suka kacau c Anak2,jeles kan sama nasib baik c anak2 tapi selalu berakhir tidak baik.Cerita paling feymes bagaimana c Bongkoron na makan hantu labu sebab mau tiru c Anak2.Ada juga cerita pasal c Anak2 p tanam tulang ikan pastu jadi pokok duit sebab dia tlampau baik.Kalau c Bongkoron apapun dia buat semua berakhir malang hehe.

Puluan Sigar dan Puteri Bambu

Ni cerita cam versi barat dimana ada pemuda kampung nama Puluan Sigar jumpa puteri yang sangat cantik.Nama puteri tu sya lupa suda,lama sudah kn hehe..Kecantikan puteri tu digambarkan rumput and pokok kayu semua kering bila dia limpas ja sebab cantik dia tu.Memang cantik la.Puluan Sigar tu digambarkan sangat sakti sampai teda dapat lawan.

Terdapat juga versi cerita binatang seperti monyet yang suka curi tapai ubi dan macam2 lagi.

Bagaimanapun,akhir kisah cerita dongeng dulu2 biasanya berakhir dengan perkahwinan orang biasa dan puteri raja yang cantik dan tinggal di istana besar  lalu bahagia sampai bila2.Tidak ada akhir cerita seperti titanic ataupun uda dan dara yang berakhir malang.

Bila cerita sudah sampai BAHAGIA SAMPAI BILA2 itu maksudnya cerita sudah tamat,time untuk tidur.Budak dulu xde bangun jam 8 keatas,jam 6 sudah turun buat keja.

Orang tua2 sabah biasanya memulakan cerita dengan 'HARO KAKA ID GULU2' yang bermaksud pada suatu masa di zaman dahulu.........

Jumaat, 12 Januari 2018

Jeruk makanan di sabah

Jeruk Buah Bambangan
Area selangor PJ confirm tiada jual sebab sya stay sana and puaslah mencari..Pasar Belakong area Cheras ada yang bagitau ada orang sabah jual.Actually sya pun x tau camna nak buat,tapi sya tau rasa dia coz sya suka makan haha..Rasa Asam Pedas gitu,pastikan dah cukup masak sebelum makan kalau xnak mulut jadi kembung terbakar.Buah ni dijeruk sekali dengan kulit so kena hati2 bila makan.

Jeruk Ikan Sepat
Ini di sabah kena panggil Bosou ikan.Bau memang dahsyat,200m still boleh hidu lagi.Jiran bilik sebelah tutup pintu bila sya buka je tutup,bayangkan.Tapi rasa memang kaw2,boleh makan camni je ataupun goreng.Buat sup x boleh hehe..Biasanya ikan ni kena campur umbut pisang cam gambar atas tu,campur lada sikit and tunggu 3-4 ari baru buka tutup.Ni kalau orang semenanjung makan kalau x demam seminggu confirm muntah.

Ikan Mentah Asam
Ini dipanggil Hinava.Ikan mentah yang dipotong kecik2,letak asam limau,lada,bawang merah and garam aji.Tutup dalam 10minit pastu taadaaa siap untuk dimakan.Sya x pasti nama makanan ni di semenanjung sebab x pernah jumpa.X semua ikan boleh buat hinava,hanya ikan2 terpilih yang sya x tau hehe.Biasanya ikan yu(gambar)ikan titir atau ikan selar(basung)..Kalau buat dengan ikan lain confirm x jadi terutama sekali IKAN AIR TAWAR memang diharamkan dari dijadikan hinava.

Biarpun dipanggil makanan sabah,tapi dunia sekarang dah x semua generasi baru sabah makan makanan kat atas.Kebanyakan lebih memilih kfc,burger dan lelain.But bagi sya its our choice,the best always come from what we choose.