Update 2018.
Hari ni hari bersejarah buat sya. Tepat jam 7.30 pagi sy dah terpacak kat Sdc(safety driving centre) PJ nak ambik test jpj b2.. Jantung punya bunyi xyah kira ar memang tengah kencang, neves tu wkwkwk. Ingatkan sikit sekali tengok calon dalam 60 orang, mak aih sy dah siap2 doa xnak no. 1 dan rupanya dimakbulkan dapat la no. 35 hehe.. Mana tak, Rpk dan Rsm pun sya dah lupa camne nak buat so paksa ambik peluang nak tanya2 orang lain.
Habis je ambik no. giliran pegi pulak masuk bilik G nak tunggu pendaftaran jpj pulak. Sy tengok semua dalam bilik tu tengah neves haha termasuk la sy sekali. Memandangkan jpj tu lama sangat sy sembang ar ngan sorang calon ulangan sebelah, dia bagitau dekat area kpp02 tu mmg senang gagal terutama titi ngan kon, ah sudah nyesal sy tanya.
Dalam jam 9, jpj pun sampai 2 orang pulak tu.. selepas mukadimmah jpj tu panggil sorang2 buat ujian Rpk, sampai je giliran terus pakai helmet, vest and start ikut pusingan jam, belasah je asal cakap (cermin sisi, lampu, signal, no pendaftaran, tayar, minyak enjin, tayar belakang, lampu signal, minyak petrol, bateri, peralatan) dah siap angkat tangan terus p standby utk litar pulak.. Sya dalam dompet sebenarnya dah ready duit nak bayar sekiranya gagal, yelah x konpiden langsung haihhh.. sampai je giliran sy dah x peduli orang2 kat tepi, dengar je jpj tu sebut no. 35 MULA.. Sya buat RSM, angkat tangan, tekan hon and start kat titi, anggap je cam time training haha.. Setiap perhentian kena buat Rutin selamat kalau nak markah lulus. senang je toleh kiri kanan n tekan hon.. habis kpp02 pegi pulak kpp03 kena buat rsm semula.. Ni sama jugak ngan kpp02 kecuali kena angkat tangan semasa membelok, ke kanan hulur tangan kanan,signal pun kena aktif.. Habis je tongkat dua motor dan angkat tangan pada jpj pastu p ambik markah tempat dorang..
tips lulus ujian b2 2018.
- Pastikan bercakap semasa buat rpk dan buat ngan teratur.
- kpp02 hati2 ngan titi dan kon sebab tu mandatori gagal klu salah, yg lain msih blh dipertimbangkan.. nak ambik titi tu kena guna gear 2 dan start jauh sikit dari garis.
-kpp03 pastikan lampu isyarat dan gerakan tangan x salah dan pastikan buat sebab kebanyakan gagal x buat isyarat tangan.
apapun all the best.. anggap je jpj tu x tengok wkwkkw