Jumaat, 9 Oktober 2020

Trip pancing Empangan Semenyih

Port dah cun
Boleh tahan ramai peminat port ni

Nak dijadikan cerita..mai la kami orang2 kampung dalam cubaan men'attack' lokasi yang menjadi mimpi ngeri kebanyakan pemancing jeng2x empangan semenyih. Sampai sekitar jam 6 petang berbekalkan rod 7" dan reel s4000, umpan anak udang kopek perisa greenbait fish, strawberri tepung gandum.
Balingan pertama sejauh 100m ngan berat ladung 40g dalam kiraan masa 20minit ternyata berjaya mencuri perhatian patin yang tengah mencari mangsa mudah.Tapi sayangnya lucut tengah jalan maybe mata kail x cangkuk abes. Cubaan kali kedua dan seterusnya tambah mengecewakan peminat bila langsung takde cubaan strike dari si patin. 
Nasib si bangau. 
Dekat jam 8pm dah ni tapi kamera huawei mate 30pro ni memang power, cerah je. 
Dekat sejam menjadi penunggu tasik ni dan agak2 akar kat kaki dah nak tumbuh serta dihiasi bunyi cengkerik dan ikan main air, kitaorang pun blah ngan perasaan puas sebab sekor ikan pun x sangkut kat kail, sesama makhluk hidup dilarang menyakiti.
Mana2 otai yang terziarahi blog ni(xde buah tangan pun xpe)bagi la tips umpan kat lokasi ni yang power selain dari doa dan rezeki. 

Rabu, 7 Oktober 2020

MUARA PADANG JAWA SHAH ALAM

Berbekalkan rod tomman 5.5f, reel tomman s3000 dan umpan udang kopek.
7hb oct 2020. Pagi. Lokasi muara sungai dekat Kampung Padang Jawa Shah Alam. Tak tau pulak kalau kawasan ni termasuk area klang.
Memancing ni sebenarnya dah tersasar dari misi sebenar. Mula2 pi ngan abang nak usha lokasi je cuti baru mai, tapi tu la, iman tak cukup kental lagi so bila nampak port cun dan air tengah sedap pasang yup sebagai pemancing yang berdedikasi kena la baling sekali dua. Alkisahnya dari nak test lokasi habis 4jam duk tarik buang.
Korang sendiri tengok x ke menggoda port ni kan.
Dalam 4jam tu test umpan dari ayam, roti, udang. Ternyata peminat udang ramai tempat ni, ikan keli dan haruan je dapat naik. Besar x besar korang tengok la kat pic tu.Haruan tu sambar masa casting kat tepi. Keli tu main bottom je.
Otai tengah jampi umpan
Ni pulak hasil sampingan, banyak tumbuh kat tepi so daripada orang kata kita membazir kan, kami pun pura2 petik bawa balik.
Jalan masuk tempat ni memang mencabar, guna motor boleh kena buasir ngan lubang dan bonggol yang cukup buat sakit hati. Tapi guna kereta lagi jangan harap boleh masuk,parking luar pastu menapak dalam 20minit baru sampai tempat ni. Lagi siapa agak2 nak pi tempat ni jangan la lone ranger pulak, malang x berbau, tempat pulak jauh kan. Bawa2 la member ke, ajak saya sekali.
Sekian.
p/s : kalau dari area petaling ikut je laluan motor straight g subang confirm sampai.

Ahad, 27 September 2020

tasik prima puchong

Hari jumaat bersamaan 25hb sya ngan family jadi jugak g mancing tempat ni after plan dekat 2 minggu, yelah masing2 busy kerja kan.
Tengok cam dalam tapi sbenarnya tak dalam mana, ikan dari jenis rohu and toman, tilapia memang ada je kat dalam tapi nak makan umpan tak tau la. Bawa umpan dedak, roti, pati sawit ngan strawberri, cacing tapi takdak pulak lekat, so membangau lagi la selepas gagal kat sungai klang. Tak tau la umpan tak lalu atau ikan tengah kenyang..
kalau ada pro yang lalu blog ni tolong rekomen umpan cun untuk rohu liar ni.

Ahad, 10 Mei 2020

COVID-19 DAN DILEMA POLITIK

Tahun 2020, kalau ikut wawasan 2020 mengikut Tun.M ini adalah masanya dimana negara kita berkembang biak dan bangkit mencanak. Tapi kalau tengok situasi jangankan kereta terbang, pesawat terbang pun tak boleh terbang tahun 2020.
TAHUN 2020 menyaksikan bagaimana pentas drama malaysia terlalu banyak kronologi yang sukar diduga, detektif conan pun rasanya garu kepala berfikir..1 dan 1 rentetan peristiwa menjadikan rakyat terpasrah tanpa sengaja. Dengan kejatuhan kerajaan BN, dengan perpecahan kerajaan PH, dengan tertubuhnya kerajaan PN, dengan bermacam resepi sehinggalah kemuncaknya pada 11 Mac 2020 dimana kita menjadi pelakon utama pada movie covid 19. Kita yang awalnya sebagai penonton pada kemelut politik negara akhirnya menjadi mangsa pada perpecahan, pada perebutan dan pada perjuangan ahli2 politik negara yang disayangi. Ibarat kata gajah dan harimau berjuang dan kita sebagai semut mati ditengah. Kekangan politik dan kuasa menjadikan pemimpin negara kita leka sementara terhadap arus pemikiran rakyat, bagaimana semut2 yang cuba beradaptasi pada zon peperangan cuba melepaskan diri. Sedikit kelalaian, sementara para tokoh2 negara kita berdiri membahas tentang masa depan mereka, covid19 musuh dunia perlahan menginvasi negara kita. Dan sayangnya, suara semut2 yang merayu kerajaan agar menutup segala laluan masuk international dari sumber covid19 tidak berjaya, dan kemuncaknya apabila jangkitan mencecah 3 angka setiap hari. Para tokoh politik yang awalnya hidup diatas langit mula perlahan berpijak dibumi nyata. Dalam saat negara kian suram, saat rakyat mula tertanya tanya halatuju kehidupan, bagaimana meneruskan hari2 yang tenggelam, dan tun.M hadir menambah rencah dalam kemelut negara. Beliau meninggalkan rakyat yang terumbang ambing, rakyat yang masih keliru tiba2 dikejutkan dengan berita PERDANA MENTERI MELETAKKAN JAWATAN. Ini adalah pengkhianatan yang sesungguhnya terhadap kepercayaan rakyat. Ini adalah satu kemunafikan terhadap janji rakyat. Dan saya ulangi, semut2 dibawah hanya mampu melihat dan meratap, kalaupun ada semut2 yang beruntung cuma mampu memparasitkan diri pada tokoh2 politik kita yang disayangi. 5 hari zaman tanpa pemimpin, rakyat perlahan menyedari hidup tidak semua perlu janji manis, kadang semut mati kerana gula, manusia mati kerana kencing manis dan pasangan mati kerana over sweet. Dalam kekeliruan dan putus asa, negara kita menerima Perdana Menteri ke 8 iaitu Pak Din. Biarpun tanpa perlantikan dan upacara yang mewah dan megah, YDPA melantik beliau menjalankan amanat rakyat dan negara. Ditengah2 segala macam konspirasi, movie yang panjang akhirnya mencapai jalur kemuncak iaitu Negara Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan buat pertama kalinya dalam sejarah. Pak Din bertaruh pada kehidupan rakyat dan perjalanan negara. Bak kata ditelan mati emak, diluah mati ayah. Ekonomi terjejas ataupun rakyat mati. Hero benar2 selalu datang terlambat, beliau memilih melestarikan kehidupan dengan merisikokan negara. 1 pilihan yang bahkan Trumph dan Boris Johnson tidak berani melakukan. Perjudian yang menyakitkan tetapi beliau mendapat harganya. Kepercayaan rakyat mendadak menjulang. Negara perlukan pemimpin yang berani, pemimpin untuk rakyat, bertahan bagaimana rakyat berusaha dan tidak pernah putus harapan. Ini dinamakan semangat pemimpin. Pemimpin yang ikhlas terhadap kerja dan tidak beragenda untuk negara. Perlahan2 dalam situasi sulit negara kita berjaya menstabilkan semula keadaan dan rakyat tidak banyak yang tersia siakan. Pada saat kemelut negara semakin sirna, politik tiba2 mengganas semula, mendakwa kerajaan tidak sah, perlantikan tidak mengikut syarat dan segala macam tohmahan yang bahkan Tun.M menjadi puncanya. Beliau dengan yakinnya berkata bahawa beliau sepatutnya menjadi PM kerana mendapat undian percaya. Beliau dan kroninya dengan bangga mengatakan akan berjuang mendapat semula kuasa kerana mereka tidak ingin mengecewakan mandat rakyat selepas menang pru14. Sungguh statement yang memalukan. Mandat rakyat sudah lama hilang sebaik sahaja Kerajaan PH membuktikan cuma lebih sembang berbanding bekerja. Tidak ada hasil dinikmati rakyat sepanjang PH berkuasa selain daripada disajikan dengan berita2 basi yang membosankan. Rakyat sudah muak dengan tipu daya dan sembang kosong. Rakyat sudah lama kecewa dengan cara pemerintahan Kerajaan PH. Saya ulangi, biarpun semut biasanya diabaikan tapi seekor gajah boleh terbunuh sekiranya semut bersatu.
Thanks to Pak Din pm ke-8